Pedagogi


Perkembangan Sosioemosi Kanak-Kanak

(PENGURUSAN EMOSI KENDIRI)
-Jenis-jenis emosi
-Emosi manusia adalah satu fenomena khas.
-Ketawa menunjukkan kita gembira.
-Ketawa boleh menghapuskan perasaan runsing , dengki , marah , hina atau rendah diri dan sebagainya.
-Terdapat 2 jenis emosi iaitu emosi negatif dan emosi positif.
-Emosi positif
-Sebarang emosi yg membawa perasaan gembira dan perasaan optimistik blh digolongkan sebagai emosi positif.
-Contohnya ialah cinta , keyakinan , sanjungan , penghormatan , kebanggaan , kepuasan , bertanggungjawab dan sebagainya.
-Emosi positif mempunyai kuasa pengubatan yang kuat dan dianggap sebagai terapi.
-Emosi negatif
-Emosi ini adalah sebarang perasaan yg membawa perasaan yg tdk baik @ kurang selesa atau destruktif.
-Contohnya ialah perasaan marah ,kemurungan , kekecewaan , takut , bersalah, tersinggung & sebagainya.
-Emosi ini mempengaruhi kesihatan dan membawa perasaan pesimistik.
-Penyakit seperti kanser dan sakit jantung telah dikaitkan kpd kemurungan & stress yg kornik(berpanjangan)
-Ekspresi emosi
-Emosi ditunjukkan secara lisan & bukan lisan.
-Cara Lisan-perkataan , atau seruan utk mencerminkan perasaan hati kita.
-Cara bukan lisan – bhs badan.
-Ekspresi muka , pergerakan badan , dan anggota dan gerak geri yg boleh digunakan untuk menunjukkan perasaan.
-introspeksi
-Introspeksi adalah satu cara untuk mengenalpasti emosi kendiri.
-Terdapat beberapa langkah utk mengurus sesuatu emosi yg negatif
–menyedari & mengenalpasti emosi kendiri & bukan emosi org yg lain.
–membuta diolog dlmn(monolog)yg konstruktif berdasarkan sesuatu peristiwa yg mencetuskan emosi itu.
– melalui refleksi & penyoalan diri sendiri mengenalpastikan konflik dlmn yg wujud.
–berbincang dgn kawan2 setia untuk mencari punca emosi yg dirasai.
–merncang tindakan penyelesaian supaya emosi tersebut dapat ditangani dgn betul mulai sekarang dan kelak.
-Kesan emosi terhadap pemikiran & perlakuan.
-Pemikiran dan idea dlm otak tdk boleh dipisahkan drp tindakbalas yg ditunjukkan oleh badan yg menghasilkan emosi itu.
-Pemikiran, idea, tindakbalas dan emosi berkenaan semuanya disambungkan di bahagian otak yg dipanggil thalamus.
-Di sini idea & impuls dr semua organ & anggota badan bersatu dan berinteraksi utk menghasilkan sensasi yg kita panggil perasaan atau emosi.
-Kelenjar adrenal
-Kalenjar yg berkait rapat dgn emosi ialah kelenjar adrenal yg berada di atas buah pinggang kita.
-Bila kelenjar ini berfungsi , hormon adrenalin akan menyebabkan lebih banyak glukos mengalir dlm darah.
-Hal ini akan menjadikan jantung kita berdenyut dgn lebih cepat , otot kita bersedia untuk berfungsi @ membesarkan anak mata kita untuk menghadapi sebarang ancaman.

-STRATEGI MENGURUS EMOSI SENDIRI

-Menangguh kehendak
-Redha
-Rasionalisasi pemikiran
-Sublimasi
-Meluahkan emosi kendiri dalam bentuk tulisan.
-Pemikiran positif.
-Menggunakan alat berfikir jenis CORT 1
-Menggunakan terapi muzik, yoga, seni, zikir dan sebagainya.
-Menangguh Kehendak
-Seseorang yang menghadapi masalah dalam mencapai hajatnya, dia akan menagguhkan sesuatu usahanya sehingga dia lebih berkeyakinan untuk mencapai hajat / matlamatnya.
-Contoh : ramai orang menangguh kehendak menuntut di universiti kerana masalah kewangan @ masalah pengurusan keluarga.
-Redha
~Suatu cara yang menggunakan agama @ kaedah spiritual untuk mengatasi perasan kecewa @ kegagalam dalam sesuatu.
~Contoh : orang yang menghadapi masalah akan menjadi lebih bertaqwa@alim dan cuba cari keamanan dan sokongan daripada aktiviti agama.
-Rasionalisasi
~Satu proses individu memikirkan beberapa alasan terhadap kegagalannya dalam usaha mencapai sesuatu.
~Mengaku kalah dengan mudah. Contoh, ibu yang mempunyai anak yang menghidap cacar akan mengatakan anaknya bernasib baik kerana tidak mengidap penyakit yang lebih teruk seperti denggi
-Rasionalisasi
~Satu cara menghadapi kegagalan dengan mengelak daripada tanggungjawab dan mengalih kesalahan kepada orang lain @ benda.
-Sublimisi
~Cara pelarasan dimana kita gantikan sesuatu kegagalan dengan alternatif lain.
~Contoh : wanita yang tidak dapat berkahwin kerana halangan kemudian jadi aktivis sosial yang membawa banyak kemajuan dalam lapangan kebajikan.
~Meluahkan emosi melalui tulisan juga adalah satu cara sublimisi. Contoh: banyak karya dan hasil puisi teragung dicipta semasa mereka mengalami ketegangan emosi.
-Sesaran
~Cara lain untuk melaraskan ancaman kepada emosi kita. Sesaran berlaku apabila kita mengalih perasaan kita daripada satu orang @ objek kepada orang lain @ objek lain.
-Pemikiran positif
~Cara yang baik untuk mengurus emosi yang tidak baik seperti kekecewaan, kegagalan @ kehilangan.
~Mudah mendapat kejayaan dan dapat mengubah keadaan yang tiada harapan kepada keadaan yang cerah.

-Alat berfikir COURT 1

-(COGNITIVE RESEARCH THRUST 1) yang dipelopori oleh Bernice MacCarthy untuk membolehkan individu itu menilai sesuatu keadaan untuk membuat keputusan yang munasabah.
-Antara alat berfikir yang digunakan ialah:
~PMI(plus, minus, interesting)
~CAF(consider all factors)
~C & S( consequence & sequal)
~AGO (aims, goals & objectives)
-Contoh: seorang peniaga gagal dalam semua pelaburan boleh gunakan CAF (pertimbang semua kemungkinan) untuk menilai serta mencari sebab-sebab pelaburannya gagal.
-Menggunakan terapi muzik, yoga, seni, zikir dan sebagainya.
~Seseorang yang mangalami tekanan emosi yang kuat akan menggunakan terapi zikir, muzik dan sebagainya untuk meredhakan diri @ menenteramkan diri.
~Contoh : muzik klasik @ baroque dapat menenteramkan jiwa dan menjelaskan pemikiran supaya dapat melihat masalah itu dengan pelbagai perspektif.