Umum

SENARAI TUGAS JAWATANKUASA KURIKULUM

1.            Menyelaraskan segala dasar kurikulum sekolah
2.            Menyediakan mesyuarat Jawatankuasa Sekolah
3.            Menetapkan kaedah penyediaan rancangan pelajaran tahunan dan harian
4.            Menetapkan kursus / pengajian di sekolah
5.            Merancang program pemantauan, memantau pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan panitia mata pelajaran dan pelaksanaan aktiviti rancangan tahunan
6.            Menyediakan laporan pemantauan dan mengambil tindakan susulan
7.            Menetapkan jadual waktu persekolahan
8.            Menetapkan sistem peperiksaan dan penilaian sekolah
9.            Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan untuk menjayakan pelaksanaan kurikulum sekolah
10.        Menentukan panitia mata pelajaran berfungsi dengan berkesan
11.        Memastikan pusat sumber sekolah diurukan dengan sempurna dan dapat membantu program peningkatan akademik
12.        Berusaha memperbanyakkan dan mempelbagaikan bahan bantu belajar dan bahan bantu mengajar
13.        Merancang, melaksana dan menilai aktiviti program peningkatan akademik
14.        Merancang, melaksana dan menilai program perkembangan staf di sekolah

SENARAI TUGAS KETUA PANITIA PELAJARAN

1.            Menjadi Ketua atau Pengerusi Panitia Mata Pelajaran dengan mengadakan mesyuarat 2 bulan sekali atau 4 kali setahun dan mengadakan perjumpaan-perjumpaan “ad-hoc” di mana perlu.
2.            Membantu PK 1 menyelaras kerja akademik guru-guru mata pelajaran
3.            Membantu PK 1 memperolehi sukatan pelajaran yang kemas kini untuk kegunaan guru-guru.
4.            Membantu menyediakan rancangan mengajar untuk kedua-dua semester dalam tahun persekolahan yang diselaraskan di antara guru-guru dalam satu aliran darjah.
5.            Membantu dan mencadangkan kepada pentadbir sekolah, buku teks, atau buku kerja tambahan untuk digunakan oleh murid-murid berdasarkan kepada kesesuaian buku tersebut dari segi kehendak sukatan pelajaran dan tahap kebolehan murid.
6.            Membantu memilih dan mencadangkan buku-buku rujukan atau bahan-bahan bacaan tambahan yang sesuai dengan keperluan pembelajaran murid dan kegunaan guru dibekalkan di Pusat Sumber.
7.            Membantu menyelaras soalan-soalan dan pemarkahan bagi semua jenis penilaian, ujian dan peperiksaan serta membantu menubuhkan bank soalan-soalan bagi semua aliran darjah.
8.            Mengkaji dan menganalisis keputusan-keputusan penilaian, khususnya PKBS dan UPSR serta memberi rumusan cara-cara mengatasi kelemahan pengajran dan pembelajaran.
9.            Bekerjasama dengan lain-lain panitia dalam usaha ke arah kemajuan murid-murid yang lemah.
10.        Menyemak buku latihan murid jika diarahkan oleh PK 1.
11.        Menyelenggarakan fail-fail panitia yang berkenaan dengan semua minit mesyuarat atau laporan mesyuarat, surat-menyurat dan rekod-rekod yang berkaitan.
12.        Menjalankan tugas-tugas yang diarah oleh Guru Besar dari masa ke semasa.

SENARAI TUGAS AHLI JAWATANKUASA PANITIA MATA PELAJARAN

1.            Memperoleh sukatan dan huraian sukatan pelajaran yang terkini.
2.            Menyedia dan menyelaraskan rancangan pelajaran
3.            Memilih dan mencadangkan buku teks dan buku kerja jika perlu kepada jawatankuasa kurikulum.
4.            Memilih dan mencadangkan buku bacaan tambahan untuk kegunaan panitia pelajaran dan pusat sumber sekolah.
5.            Mengadakan mesyuarat panitia mata pelajaran.
6.            Merancang dan melaksanakan program peningkatan prestasi akademik
7.            Menyelaras soalan ujian dan peperiksaan, menganalisis keputusan peperiksaan dan menyusun strategi mengatasi kelemahan murid.
8.            Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ahli panitia mata pelajaran yang berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran.
9.            Menyedia dan memperoleh bahan bantu mengajar.
10.        Merancang program khas murid bermasalah 3M.
11.        Menyedia dan memastikan prosedur keselamatan dipatuhi.
12.        Memastikan bilik khas berada dalam keadaan kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran.
13.        Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk pelaksanaan kurikulum.
14.        Mengurus perolehan mengikut tatacara kewangan.
15.        Mengurus dan menyemak stok.
16.        Memastikan fail-fail panitia berada dalam kemas kini.

SENARAI TUGAS JAWATANKUASA PUSAT SUMBER SEKOLAH

1.            Merancang dan melaksanakan program peningkatan akademik.
2.            Mengelas, mengkatalog dan mengurus bahan bantu mengajar.
3.            Menyediakan bahan dan sumber pendidikan.
4.            Menjalankan aktiviti Kemajuan Staf berkaitan PSS dan P & P.
5.            Menilai keberkesanan PSS.
6.            Menjalankan Program NILAM sepanjang masa.
7.            Memberi bantuan (jika perlu) kepada PKG Selama / PSPN Perak

SENARAI TUGAS GURU MEDIA / PENYELARAS PSS

1.      Menyediakan peraturan dan Peraturan Khas Penggunaan Pusat Sumber.
2.      Membuat anggaran perbelanjaan Pusat Sumber Sekolah.
3.      Memastikan murid-murid memahami dan mematuhi peraturan Pusat Sumber Sekolah.
4.      Menyediakan senerai peralatan dan bahan-bahan bantu mengajar mengikut mata pelajaran.
5.      Membuat pesanan keperluan Pusat Sumber Sekolah melalui Guru Besar.
6.      Menyediakan rekod Penggunaan PSS termasuklah mencatat bilangan penggunaan PSS setiap kali ia dibuka.
7.      Menyediakan buku rekod pinjaman peralatan dan bahan bantu mengajar dan mengadakan rekod kekerapan pinjaman.
8.      Memastikan keselamatan segala harta dan perabot di dalam PSS daripada kecurian dan kehilangan.
9.      Memastikan keselesaan kebersihan bilik media.
10.    Menyemak stok dan peralatan media di akhir tahun.
11.    Menubuhkan kelab PSS.
12.    Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.

SENARAI TUGAS GURU PERPUSTAKAAN

1.            Menentukan dasar pentadbiran, pembelian dan penggunaan perpustakaan.
2.            Membuat anggaran belanjawan perpustakaan.
3.            Menyediakan senarai buku-buku dan alat-alat perpustakaan.
4.            Melantik, melatih dan menyediakan pengawas pepustakaan dalam membantu menguruskan perpustakaan.
5.            Memastikan murid-murid memahami dan mematuhi peraturan perpustakaan.
6.            Menjamin perpustakaan diurus dengan teratur.
7.            Dengan kerjasama guru-guru, memilih dan memesan buku-buku, majalah dan lain-lain jenis bahan yang sesuai utnuk murid-murid dan guru-guru.
8.            Membuat pesanan buku-buku dan alat-alat perpustakaan melalui Guru Besar.
9.            Memeriksa buku-buku atau alat-alat perpustakaan dibekalkan cukup serta akur dengan borang pesanan atau invois.
10.        Menyimpan rekod pembelian dan perbelanjaan bahan-bahan perpustakaan.
11.        Memasukkan kenyataan mengenai buku-buku tersebut ke dalam stok dan mengelaskan buku-buku tersebut mengikut ‘Perpuluhan Dewey’.
12.        Memastikan setiap buku mengandungi doket buku, kad buku ‘slaid’ tulang belakang dan kad catalog sebelum digunakan.
13.        Merancang dan mengadakan aktiviti tahunan seperti menganjurkan pertandingan kuiz, mengadakan pameran buku, bercerita, perbincangan mengenai buku, ceramah, drama ringkas, pertandingan membaca dan seumpamanya.
14.        Menyediakan rekod pinjaman buku dengan senarai kekerapan murid-murid meminjam buku.
15.        Memberikan khidmat nasihat dan kepakaran kepada pihak yang memerlukan.
16.        Menjilid majalah-majalah.
17.        Memastikan keselamatan segala harta dan perabot di dalam perpustakaan daripada kecurian atau kehilangan.
18.        Memastikan dan menentukan keselesaan dan kebersihan bilik perpustakaan.
19.        Mengadakan fail-fail tegak.
20.        Menyimpan guntingan atau keratan akhbar-akhbar dan kertas soalan peperiksaan untuk rujukan.
21.        Mengadakan aktiviti-aktiviti am seperti :
·         Mengisikan jadual kedatangan
·         Menyusun buku-buku di rak dan para-para
·         Mengemas dan mengunci bilik perpustakaan
·         Melengkapkan buku stok
·         Mengisikan butir-butir pada buku-buku baru
22.        Menguruskan proses hapus kira.
23.        Menyemak dan menutup stok di akhir tahun.
24.        Melantik pengawas PSS
25.        Menjadi perantara pihak sekolah dengan Perpustakaan Bergerak.
26.        Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar.

SENARAI TUGAS JAWATANKUASA PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN

Merancang dan melaksanakan penilaian dan peperiksaan di peringkat sekolah :
Jadual waktu
Peperiksaan / Penilaian
Kumpulan sasaran
Menentukan kesahan dan kebolehpercayaan ujian
Memastikan Jadual Penentu Ujian (JPU)
Pengawasan
Menganalisis keputusan peperiksaan
Memberikan maklum balas kepada jawatankuasa kurikulum
Menyediakan bank soalan diperingkat sekolah
Memasukkan markah ujian / peperiksaan ke dalam sistem SAPRI6HC

SENARAI TUGAS JAWATANKUASA JADUAL WAKTU KELAS / INDUK

1.            Menentukan bilangan kelas dan kelayakan guru.
2.            Menyediakan peruntukan waktu mengajar mengikut mata pelajaran.
3.            Pengagihan mata pelajaran dan bilangan waktu yang sesuai.
4.            Menentukan kesesuaian masa untuk mata pelajaran tertentu.
5.            Menentukan penggunaan makmal dan bengkel.
6.            Menentukan corak jadual waktu yang digunakan seperti jadual waktu anjal dan jadual waktu blok.
7.            Menentukan guru kelas berdasarkan kelas yang diajar.
8.            Memastikan jadual waktu induk dan persendirian disediakan pada waktu yang ditetapkan.
9.            Membuat pindaan jika perlu.
10.        Memastikan salinan jadual waktu dihantar kepada Guru Besar dan dipaparkan untuk makluman semua.
11.        Menggunakan komputer dalam pengurusan jadual waktu.

SENARAI TUGAS JAWATANKUASA TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN ICT

1.            Merancang ICT sekolah.
2.            Mengurus kemudahan ICT.
3.            Menyediakan kemahiran ICT  kepada guru dan murid.
4.            Membudayakan ICT di sekolah.
5.            Bertanggungjawab terhadap semua peralatan ICT di sekolah.
6.            Memastikan makmal ICT sentiasa kemas dan ceria.

SENARAI TUGAS JAWATANKUASA KEWANGAN SEKOLAH

1.            Membaca dan memahami pekeliling / surat yang berkaitan dengan pengurusan kewangan dan dan perakaunan sekolah yang diedarkan dari semasa ke semasa.
2.            Mengeluarkan surat kuasa memungut yuran kepada PK, PK Petang, Penyelaras Kelas, Guru Kelas dan Kerani.
3.            Memesan dan mendaftar buku resit untuk tujuan pengutan.
4.            Mengagihkan buku resit kepada guru kelas dan penyelaras kelas.
5.            Memastikan semua terimaan telah dimasukkan ke dalam bank.
6.            Memastikan semua pembelian / pembayaran dibuat mengikut peraturan kewangan (pesanan tempatan, invois, bil, baucer dan cek)
7.            Menyediakan Buku Tunai Kerajaan / SUWA / Panjar Wang Runcit
8.            Menyemak dan menandatangani penyata kewangan dalam Buku Tunai Kerajaan/  SUWA / Panjar Wang Runcit
9.            Memastikan semua kutipan yuran mendapat kebenaran JPN

SENARAI TUGAS JAWATANKUASA DATA DAN MAKLUMAT

1.            Menyediakan data enrolmen murid mengikut kelas, kaum dan jantina
2.            Menyediakan data / maklumat guru mengikut jantina, gred, kategori, opsyen dan lain-lain
3.            Menyediakan penyata bulanan murid dan penyata bulanan butiran guru
4.            Menyediakan data tentang latar belakang murid mengenai ekonomi, tempat tinggal penjaga dan pendidikan penjaga, jenis pengangkutan ke sekolah, agama yang dianuti dan lain-lain
5.            Menyemak jadual kedatangan kelas pada setiap hujung minggu
6.            Memastikan buku pendaftaran murid baru diberi nombor pendaftaran sekolah
7.            Memastikan setiap murid baru diberi nombor pendaftaran
8.            Memastikan data dan maklumat sekolah lengkap dan terkini
9.            Mengemas kini data dan maklumat sekolah pada setiap bulan
10.        Memastikan data dan maklumat sekolah dihantar ke PPD pada atau sebelum 5hb setiap bulan
11.        Menghadiri taklimat atau kursus berkaitan dengan data dan maklumat seperti diarahkan